15 September 2012

Transformers 4 2014.

First of all, boleh tak release lagi lambat? 2020 ke? Sebab tu Malaysia dikatakan dah jadi negara maju. Tak ada la rasa kekok nak tengok robot. Oh lagi satu, Avengers 2 2015. Boleh tak release lepas aku mati?



Muhammad Ikmal Ahmad
themissingikmal.blogspot.com.

(garis pemisah)
Michael Bay
Pengarah Transformers 4,
Hasbro  (Tab sampai habis) 15 September 2012

Tuan,

Harapan Mengenai Filem Transformers 4.

Saya Muhammad Ikmal Ahmad, warganegara Malaysia, berumur 22 tahun semasa utusan ini ditulis, ingin merujuk perkara di atas.

2. (Tab) Sukacita dimaklumkan bahawa sangat suka dan bercita-cita untuk menonton filem tuan pada tahun 2014. Walaupun kalender 2013 masih belum ada dipasaran, saya akan tunggu filem terbaru tuan keluar di pawagam.

3. (Tab) Di sini saya ingin memaklumkan kepada tuan bahawa saya mengharapkan filem tuan adalah filem 4D. Jika tuan mampu mempamerkan pecahnya bangunan dalam bentuk 3D, saya yakin tuan mampu meletupkan bumi dengan menggunakan teknologi 4D. Surprise me sir!

4. (Tab) Saya turut mengharapkan kesempurnaan jalan cerita tuan. Kesempurnaan jalan cerita yang merangkumi campur tangan setiap negara dalam membendung robot asing tanpa izin, atau tidak menjahanamkan lagi pemahaman manusia mengenai nuklear, atau adanya adegan kematian hero dan heroin kerana tiada manusia yang kebal, dan yang paling penting sekali adalah memaksimumkan logik akal di dalam penceritaan tuan.

5. (Tab) Adalah tidak keterlaluan jika saya berharap agar tuan berbaik semula dengan Megan Fox, tak mau gaduh-gaduh, dan ambil beliau semula jadi heroin.

6. (Tab) Untuk memaksimumkan kutipan filem tuan nanti, saya syorkan tuan ambil saya jadi hero atau setidak-tidaknya masukkan saya dalam filem tuan. Saya tak kisah jika saya hanya berlakon jadi mangsa pelarian asalkan saya tidak diberi watak yang mati dihempap Decepticon yang rosak.

7. (Tab) Kerjasama tuan dalam mempertimbangkan harapan saya amatlah saya sekeluarga hargai. Sebelum saya mengucapkan "Terima Kasih" di bawah, ibu saya Halijah Mat mengajak tuan untuk berhari raya di rumah saya.

Sekian Terima Kasih.

(tandatangan)
Muhammad Ikmal Ahmad
Pemilik themissingikmal.blogspot.com

No comments: