18 September 2012

4 Flat

Syukur sangat-sangat sebab Latihan Industri dapat A. Alhamdulillah. Biar aku cerita pasal praktikal aku sebab aku tak pernah tulis apa-apa langsung pasal praktikal.

Seingat aku, aku tak pernah mintak praktikal dekat Hospital Kuala Lumpur. Aku antara orang terawal dapat tempat praktikal berbanding budak lain. And aku sangat terkejut sebab aku dapat kat sini. Rezeki.

2 Julai 2012 bermulanya era penjajahan diri ini. Dipaksa bayar yuran, dipaksa berkhidmat tanpa bayaran, terpaksa menyewa tempat berteduh (RM7.40 sehari), menggunakan duit keluarga untuk dijadikan tambang dan makan. Azab! Kini, kemerdekaan bakal menjelang.

What did i do in my daily routine?
7.30am-9.00am. Quality Control for gamma camera.
9.00am-4.00pm. REST
4.00pm-4.30pm. Area Monitoring.

Basically tu la aku buat tiap-tiap hari. TAPI disebabkan aku bekerja dekat Hospital Ahmad (buat macam hospital bapak sendiri), aku masuk kerja pukul 8, pukul 8 lebih, pukul 9 lebih, pukul 11 lebih dan selalu tak datang kerja. Kalau masuk lambat, biasanya malas. Kalau tak kerja biasanya ada rintangan.

Diberikan tugasan semasa hari kedua bekerja atau dipanggil Mini Projek. Tajuk: Masa Menunggu Bagi Prosedur Y-90 dan Re-186 (Radiosynovectomy atau nama ringkas RSV). Guess what? Aku present dekat En Amir (supervisor daripada Sains Fizik) ala kadar je sebab RSV sekali je pernah dilakukan. Oh aku kena buat report jugak tapi hari ini iaitu 3 hari sebelum tamatnya Program Penyeksaan Pelajar Universiti, aku still tak tulis report even front page pon tak ada lagi. Haaaa!!!

TIBA-tiba, result dah praktikal dah keluar. Latihan Industri dapat A. 4 flat weh! First time aku dapat 4 flat. Aku tersangat gembira sebab aku tak pernah dapat 4. Walaupun praktikal sahaja, tapi etlis aku dapat 4. Banyak sangat dah taip nombor 4. Suey plak kang.

Lepas dapat result, aku rasa:
1. Aku tak nak siapkan report RSV. Nak hantar? Lagi la aku tak nak
2. Aku tak nak tulis Buku Log yang menceritakan segala-galanya yang dilakukan di sini. Aku baru tulis untuk hari pertama. Ada lebih 60 hari lagi aku tak tulis. Serius aku tak nak isi.
3. Aku tak nak pergi kerja. Nak bangun pukul 5 lebih lagi? Oh tidak!

Ada kesan ke kalau aku tak buat semua ni? Takut jugak nak buat jahat. Malas OK!!!

Apa-apa pun, aku dah boleh grad dengan 2.95. Walaupun kecewa tak dapat grad dengan pointer 3, tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab berjaya menamatkan pengajian sebab dulu pernah merasakan diri ini tak mampu untuk meraih segulung ijazah. Dengan 2.95 ini, saya boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Master. Tapi aku nak amek master? Oh tidak! But i dont know what the future hold. Mungkin suatu hari nanti aku sambung master? Who knows?

But at this moment, i have no intention nak sambung belajar, i have no direction/ambition/goal. I have no idea what am i going to do/be. So aku just jadi penganggur yang bertauliah.

Tak sabar nak naik stage pakai jubah konvo. Thats the dream.

4 comments:

Nur 5ruz Husna Nordin said...

wazup dude!!!

1stly, Bravo!! yeayy.. kte da habis belajar!!! Alhamdulillah.......

2ndly, tahniah 4.00 flat... kte x check ag...

3rdly.. nak bg cdgan dekat ko...heehhe. keje je pape even kat kedai roti..amik pngalamn, kumpul modal.... dalam umur 25tahun bukak bisnes kecik2..kan???? ko creative. donut ko pon sedap...... then..go for it ikmal!

themissingikmal said...

thanks weh..
thanks sbb bg cdgn..ill take it for consideration..who knows aku jadi usahawan kan? jom buat bisnes!!

Nur 5ruz Husna Nordin said...

Jom berbisnes. kte pon plan macam tu je. Mana tau betol2 leh jadi usahawan t an... tapi kene betol2 la. bukan main2. InsyaAllah mal. jgn lupe bg donut tester kat gua t ea. hek3

themissingikmal said...

betul..aku dah la xde ilmu bisnes..setakat buat pastu bagi orang rasa reti la..haha