30 August 2011

Again, What Is Raya

Puasa 26 baru aku dengar lagu raya. 3 hari je ada peluang nak dengar lagu raya TAPI aku nak ke cari peluang untuk dengar lagu raya tu? Mustahil!

30 Ogos bersamaan 1 Syawal 1432H pada pukul 3 plus-plus pagi, baru aku dengar lagu raya. 7:23pm -> 3:++am, 8 jam aku tak dengar lagu raya. Pukul 3 tu aku dengar lagu raya antarabangsa, Jennifer Lopez feat Pitbull On The Floor. lol.

Hari raya adalah hari untuk mengemas rumah dan menjamu juadah hari raya tanpa membenarkan budak-budak yang tak balik kampung makan kuih aku buat. Ketuk pintu, kasi angpau, tutup pintu. Jimat kuih raya!

Tahun ni aku buat 3 kuih raya. Sepatutnya 4 tapi atas kekonfidenan kakak aku dengan nada tinggi menyatakan beliau ingin membuat biskut chocolate chips dan tidak membenarkan aku memikirkan pasal biskut tersebut, aku melupakan hajat murni aku.

  1. Biskut semperit. 3 adunan. Kurangkan gula. Lebihkan tepung kastad sebab tinggal 50g dalam plastik, habiskan je. RESULT: Extremely fragile. Masuk je bekas terus berderai. Tapi sumpah aku suka sebab aku boleh makan! Disebabkan aku buat 3 adunan, dough ada lagi dalam peti ais sebab aku malas nak habiskan. >500g tepung, approx. 500g kastad, tepung jagung lagi. Dough yang terhasil almost 1.7kg. Ingat aku nak berniaga ke? Baki aku buat lepas raya itu pon kalau aku rajin.
  2. Empire cookies. Resipi orang putih. 2 adunan. Kurang gula. Kena ada jem dan icing. Biskut tuh perfectly engineered by me but have problem with the icing. Icing adalah campuran confectioners sugar and almond extract. Tapi aku guna ekstrak badam yang dah 3 tahun expired. It made my perfect 10 biscuit to rubbish. 4 keping je pon yang dibuang bersama-sama icing yang super tak sedap. Jadi, biskut tu tak siap tapi it tastes great! Kalau rajin, nanti aku letak coklat.
  3. Biskut nestum. 3 adunan. Juga kurang gula. Ni la kuih aku yang siap sempurna. TAPI i do like my unfinished empire cookies more. 

Sekarang dah pukul 7pagi, tak tidur-tidur lagi sebab baru habis mengemas. Penat yang boleh membuatkan aku tidur lepas tu bangun je dah 2 syawal. Tapi aku tak nak tidur lagi. Selamat hari raya. Tak perlu minta maaf.

No comments: