23 August 2011

Grateful

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur. Sekali lagi aku berlegar-legar di sini bukan kerana menghabiskan masa untuk menunggu waktu berbuka, tetapi menemankan mak aku berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan mata.

Detik yang menyeksakan seperti biasa, menunggu giliran. Appointment pukul 9:00. Nombor giliran 5027. Giliran terkini ----. Nice!

Antara perkhidmatan yang disediakan:
  • Konsultasi doktor
  • Farmasi
  • Dandanan rambut
  • Tilik nasib
  • Buat IC
  • Bas KL Hop On Hop Off
Semua perkhidmatan hospital percuma untuk pesara kerajaan. Ya, mak aku dapat ubat beratus ringgit, periksa mata, jantung, darah pon percuma. Even aku pon dapat free sebab guna kad pelajar. Jadi, aku sangat bersyukur kerana dapat perkhidmatan percuma. Thanks kat kerajaan sebab perihatin pasal kesihatan orang awam. Kalau cabut gigi nak bayar RM1 pastu mati-mati menentang kerajaan, sedih betul kehidupan insan tersebut. 

Cuma kelemahan hospital kerajaan, lambat. Biasa la transaksi untuk perkhidmatan dekat hospital dibayar dengan masa. Kalau tak nak bayar guna masa, bayar guna duit dekat klinik swasta.

5 jam lebih aku duduk dekat hospital tu, macam-macam aku nampak. Ada orang tua yang berjalan bawak plastik berisi urin sebab ada masalah buah pinggang. Budak kecik yang memakai spec mata 2-in-1 kanta, rabun jauh dan rabun dekat, lepas tu budak tuh mungkin ada problem sebab pergerakan budak tu lambat. Ada pakcik tak ada kaki yang nak buat rawatan mata. Ada orang kaler rambut, yang ni sumpah aku jeles!

Tapi apa yang aku nak cerita ni, aku sangat bersyukur atas apa yang telah dianugerahkan dekat aku. Mata yang cantik? Muka yang hensem? Pipi yang pimple free? Semua tu tak kesah as long as semua anggota badan elok dan berfungsi dah bagus sangat dah tuh. Alhamdulillah.

I love myself.

6 comments:

kiki said...

mak ko camne??btw,ko sehat x cuti ni??ad g jmp doc x??

themissingikmal said...

mak aku xdpt buat operation mata sbb gula dlm darah tinggi...
aku okey je...hehe...muka makin cerah..
thx sbb bertanya :)

..SuRaYa.. said...

semua free?..operation mata sbb apa?diabetes?..

kesihatan yang baik tu lebih bermakna.;)

themissingikmal said...

mostly free tp kalo bedah2 yg mahal xde la free, tp dpt murah la..indeed, kesihatan pon penting gak

kiki said...

xpe,t ble mak ko dh sehat skt,dh x tgg sgt,leh la kot operate.

haha,maknenye ko maskin hensem..bgs2,ak bangge ngan ko

themissingikmal said...

kalo aku jadi hensem, takut ko terpikat kat aku je nanti...hahahaha