17 December 2013

They Ditch Me

Mangsa sebuah jenayah pembangunan negara. Ye, aku adalah mangsa itu. Yang ditindas supaya tenaga muda aku tidak dikerah untuk mensejahterakan bumi Malaysia. Apa salah aku? Kenapa aku diperlakukan sedemikian? Aku telah bersedia untuk mencerap masa hadapan negara tetapi takdir telah bersuara. Aku tidak diperlukan. Aku tidak diyakini. Aku dipandang rendah. Buanglah aku. Lupus. Atau dalam bahasa waran, aku dijumudkan. Jumud kau! Mampu?

Suatu ketika dahulu aku telah ditolak untuk menjawat Pegawai Sains (Fizik). Kemudian terlepas peluang untuk dipanggil untuk temu duga Pegawai Penyelidik Reaktor Nuklear. Lepas tu aku diludah kerana tidak melepasi syarat untuk temu duga Pegawai Sains Nuklear yang akan berlangsung esok. Mungkin. Ditampar sekali lagi apabila diejek GAGAL dalam ujian untuk diambil sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara. Sangat jauh daripada bidang, tapi tak apa lah GAGAL pun. Sebab tak ada la aku dipertanggungjawabkan kalau kapal terbang terlanggar sesama sendiri apabila berterbangan tak sabar nak touchdown.

Kecewa? Bodoh lah kau kalau tanya soalan ni. Aku diibaratkan telah mati lepas tu dikerat 20 buang kepala buang kaki buang hempedu masuk dalam plastik maroon berharga RM5.90 sekilo. Sedih gila. Gundah. Sayu. Pendarahan hati. Rasa nak bunuh diri? Tidak sama sekali. Okay sekarang dah terlalu exaggerate emosi itu. Kalau menangis itu berjaya mengeluarkan air mata dan masalah, aku akan menangis. Psychologically, yes, it can. It soothe the heart at least. Tapi gila kau nak menangis dalam bas. Aku tak berniat nak mengimbuhkan air mata pun walaupun hati remuk.

Ok so how i build myself up? First, wajib aku call the unfortunate one. The one that share the same destiny as mine. Yeah, we are the destiny's child. Im a survivor, Im not gonna give up, Im not gonna stop yeah, keep on surviving! Fuhh! Ok continue. The one that is rejected for unknown reason. Then, spending a solitary moment draining everything out from me at Oldtown White Coffee. Walking through the rain. And switching the emotional channel. Grabbing some pieces of memories from the past and tranquillize myself.

Bila aura negatif membaluti diri ini dengan sempurna, tiada pembangunan diri dapat dilaksanakan. Tanam terus dalam bumi. Maka aku menyelak buku-buku kesyukuran. Ada satu kisah dimana aku dikurniakan duit biasiswa masa sekolah menengah dulu yang aku habiskan beli kad pokemon dan beberapa puluh atau ratus jam barangkali menetap dekat cybercafe bernama cybertime bermain dota. Terima kasih Bantuan Kecil Persekutuan. RM600 setahun untuk 4 tahun untuk permainan aku adalah sangat mahal. Tapi tengoklah hasilnya, aku separa menjadi. Separuh masak. Tak rugi bagi aku duit kan?

Kemudian terjumpa sebuah cerita dimana aku diberi peluang untuk ke universiti dengan cara yang mudah. Bukan menggunakan orang dalam tapi perjalanan aku untuk sampai ke menara gading amat mudah walaupun aku tidak berusaha kuat. Dengan berbekalkan 3A3B4C aku berjaya untuk memasuki matrikulasi. Dengan berbekalkan 2.72 cgpa matrikulasi aku berjaya untuk menembusi UKM. Ulang taip, 2.72. Kalau sekarang membawa pointer macam tu, bukan nak masuk UKM je tak dapat, nak pergi pasar beli ikan pun tak dapat jugak. Sedangkan ramai manusia lain bersiap siaga memperkasa diri untuk memasuki universiti terulung negara tak dapat, aku pulak boleh dapat, jadi aku kena bersyukur kerana itu.

Dicampur dengan kisah-kisah silam yang lain, maka aku kembali mengembang seperti bunga melihat matahari. Tricep angan-angan mula terbentuk. Bisep gagah mula timbul. Six pack harapan tersusun cantik. Dan yang paling penting, kepaduan cranial atau dalam bahasa melayu dia, tengkorak makin padu. Tak lut dimamah serangan minda lagi. Mungkin. Mungkin tidak. Takut diserang sekali lagi oleh permainan SPA.

Kalau dunia tidak mahu mengubah aku, aku akan ubah dunia. Aku telah siat angan-angan untuk berkhidmat dengan kerajaan. Kini mata aku sangat bernafsu untuk kutip kepingan RM1 daripada pelanggan kek aku. Pelanggan cup cake aku. Pelanggan brownies aku. Pelanggan coklat aku. Yeah, aku nak bukak kedai kek. Bukan kedai tapi booth kecik-kecik je. Dapat untung sehari RM500 pun dah memadai.

Future redefined.

No comments: