20 December 2013

The 8: The Neolithic Age

Kisah yang telah dilakar hampir setengah tahun yang lepas. Adakah ia masih releven? Yes for some part. I guess i have to rewrite back the whole story. Susun semula mereka.

Here goes the story.

Suatu ketika dahulu, aku sangat susah untuk open up diri aku. Aku lapik cantik sahaja tutup segala yang dikatakan 'cela' oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Tapi aku mendapat kekuatan untuk menerima 'cela' itu. Aku bermati-matian ingat 'cela' itu adalah cela. Tidak. Mereka tidak pernah menggunakan mata 'cela' itu untuk melihat dunia. Mereka tidak akan tahu apa itu payah. Yang mana liku-liku payah itu menjadikan jalan cerita sesebuah kehidupan lebih tinggi nilainya. Kualiti novel. Mereka yang rugi.

The 8. Sekali lagi, The 8 bermaksud manusia-manusia yang aku boleh bergantung dari apa-apa sudut dalam laluan aku menuju hari-hari mendatang lebih-lebih lagi sokongan emosi. In return, i will do the same to The 8. Aku bagi kunci untuk kau masuk ke dalam minda aku dan mencari apa jua jawapan yang kau perlukan. I speak nothing but the truth. Dan jika kau perlukan seseorang untuk mendapatkan pandangan, you can count on me.

So siapakah The 8?

1. Kau adalah the pioneer reason untuk aku berkenalan dengan aku. Melalui kau, jalan cerita aku berubah sepenuhnya. You are my gbff. Great best friend forever.

2. Tak perlu untuk kutuk orang yang dah mati. Semoga kau bahagia dengan jalan hidup yang kau pilih.

3. Kau adalah orang yang paling aku takut hilang kalau kau diberi cahaya itu. Walaupun aku yakin kau akan sebati dengan cahaya itu, takut itu tetap ada.

4. Kau adalah orang yang tiba-tiba jump into my life. Tapi with a great mind but dirty like yours buat aku ingin melihat dunia dengan mata yang lain selain mata aku yang ternyata unik ini.

5. Kau adalah insan teristimewa dalam hidup aku. Walaupun kehendak kita sama, tapi hanya mata yang membezakan kita. Kau adalah youknowwho.

6. Kau adalah insan yang aku telah perhati tapi aku senyap. Rupa-rupanya kau menggunakan jalan yang sama tapi not a shocker sebab rumusan kau adalah tipikal.

7. Kau mempunyai 1 barrier yang cukup kuat untuk memusnahkan aku dalam sekelip mata. Tapi kau tidak guna senjata itu. Sebab senjata itu juga akan memusnahkan kau.

8. Kau masih lagi misteri. Banyak lagi kepingan puzzle perlu dikumpulkan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan cerita. I could use your brain. Aku harap kau sedar apa yang aku tawarkan sebenarnya.

The 8 sudah mencapai kuota. Akan tetapi orang kedua telah memilih haluan sendiri, bermakna aku perlu cari seorang lagi. Targeting my long lost best friend found again lost again found again. Sekarang aku tak tahu status tu macam mana. Hilang atau telah dijumpai.

Tiada seorang pun yang menikam aku sehingga kini. Aku telah memilih ahli-ahli ini dengan tepat sekali. Ironinya, aku perlukan testimoni manusia yang menikam aku supaya mata aku lebih terbuka luas. Adakah long lost best friend itu akan mengkhianati aku? Disebabkan aku dan 'cela' telah bersatu, aku tak rasa apa-apa kalau dilabel orang. Bahkan, ingin luaskan networking aku.

To The 8, ayuh kita bertukar-tukar kesedihan, kedukaan, keperitan, kepayahan, kesakitan, kesulitan, kesangsian, kebuntuan, kecelaruan, kejahatan yang ada dalam diri kita. Untuk mencari tempat untuk ketawa adalah mudah, tapi untuk mencari tempat menangis adalah sangat jarang dijumpai. Have a good life.

No comments: