03 December 2013

Buli Muhammad Ikmal Ahmad

Bully me? No. Silly me. Since nama aku kalau diringkaskan akan jadi mia. Bermakna tajuk kita pada hari ini adalah bulimia. So sebelum perkara ini diulas lanjut, ayuh kita lihat maksud menurut kamus.

kata kamus

Voracious appetite. Nafsu makan sebesar lohong hitam. Telan segala-galanya selagi gravitinya kuat bertenaga. Dalam konteks makan, telan selagi otak tak send message untuk stop makan. Hyperphagia. Sangat menceritakan diri aku. Disaat aku kenyang menjamah beberapa pinggan nasi, kalau didatangkan dengan lauk yang sangat sedap, aku akan berdoa untuk cepat lapar. Kronik. 

Binge-purge syndrome. Mudah nak faham, makan dan muntah. Okay ini belum lagi mempotretkan diri aku. So far aku makan sampai kenyang, pastu rebah atas katil. Bagai ngantuk diusungkan bantal sambil perut mencakar langit.

Tapi tidak aku tipu untuk aku katakan setelah usainya proses pembersihan perut dengan menggunakan mulut, kepala terasa tenang ibarat air yang tenang buaya tiada. Sila buat ujikaji sendiri.

Okay dikatakan bulimia ini adalah sejenis penyakit psikologi. Aku selaku pakar psikologi tak bertauliah, menyangkal 67% kenyataan itu. 33% lagi, masih menyokong. 

Apabila anda dikatakan gemuk. Pertama sekali anda kena tahu bahawa masalah sebenar terletak pada orang yang menegur anda. Jika anda dicaci, diherdik, dihina, direndahkan, diperkecil hati anda yang besar, yakinlah bahawa penegur itu yang mempunyai penglihatan yang bermasalah. Doakan agar matanya kembali pulih.

Kedua, jika anda masih tidak dapat berfikiran sedemikian, anda akan gunakan segala daya anda untuk menyesuaikan diri anda di mata penegur. Workout, pil diet, haramkan nasi, kurangkan senyuman dan gula, atau segala supplement untuk kuruskan badan akan anda gunakan. Desperation. Tapi anda lupa bahawa ada benda yang paling mudah untuk anda lakukan dekat rumah. Tanpa sebarang kos. Tanpa pengetahuan ibu bapa. Tanpa menggunakan elektrik yang tariffnya akan meningkat. Tanpa melibatkan ejen MLM. Buli diri sendiri. Muntah selepas makan. Senang kan?

Workout. Hanya boleh dilakukan jika anda seorang yang mempunyai disiplin sehebat askar. Pil diet. Hanya bermain dengan bahan kimia. Haramkan nasi. Anda sedang menyiat kemelayuan daripada kulit anda. Kurangkan senyuman dan gula. 1 sudu lebih baik, 2 sudu lagi sedap. Supplement. Mungkin berkesan tapi sila lihat jangka masa panjang. Bulimia? Wasatiyyah dalam melaksanakan kerja anda. Pastikan muntah dengan cara berhemah dan tidak melebih-lebih. Tapi kenapa bulimia, a bad name?

Bulimia juga adalah cara manusia untuk mengawal apa yang masuk dalam perut. Cuma dengan cara tidak natural. Tak payah melaungkan kalimah natural atau semulajadi atau lumrah kalau kau makan sayur yang kena spray bahan kimia, tak organik. Tak natural. Muntah itu cuma nak trick otak sahaja. Biar otak cakap perut penuh tapi hakikatnya dah kosong. Its a magic trick. Atau dalam bahasa melayunya, silap otak.

Tapi, 33% masih menyokong ini adalah penyakit. Disebabkan darah ini masih remaja, teringin juga untuk dipraktikkan apabila makan makanan lebih daripada kuantiti yang sepatutnya. Selamat beramal.

No comments: