30 July 2013

Treat

Bila gaji dengan duit raya RM500 masuk, rasa nak simpan untuk masa hadapan walaupun itu adalah kenyataan sampah. Tiba-tiba situasi berubah.

Sabtu malam. Kakak aku bagitahu ada fragrance warehouse sale dekat Parkroyal Hotel. Up to 80%. Branded one. Maka esoknya singgah la untuk membeli sobotol fragrance untuk menggantikan Ralph Lauren Polo Double Black yang dah hampir ke penamatnya yang dibeli tahun lepas sehari sebelum abang aku kawen. Bila dah sampai, situasi berubah lagi.

Just 4 bottles.

CK Eternity Summer, 212 Men Summer, Paul Smith Optimistic, dan Sergio Tacchini Club. Worth RM300. Daripada Double Black yang harga RM220, berbaloi la ni. Tapi gila kau nak pakai semua. Maka yang kurang menarik baunya aku bagi bapak aku. The 212 Men. So long brother! Rasanya dalam masa 3 tahun ni, tak habis lagi semua ni.

Optimistic itu sangat mengancam. Baunya sangat jantan. Body heat aku yang sangat mamalia tak menjejaskan bau sebab rasa sangat lelaki berkerjaya the whole day. Optimistic sangat. I loike! Eternity Summer pulak light-light sahaja. X loike! Sergio Tacchini punya belum try lagi tapi rasanya lagi macho daripada CK itu. Pasti.

Selepas shopping wangian, terbang pulak dekat Armada Hotel, Petaling Jaya on the same day. Ini semua salah Shila sebab bagitau nak pergi PJ. Hush Puppies punya sale. Im not a shoe lover, so aku beli selipar again. Beli kasut untuk mak. Beli Polo shirt 3 helai. Beli underwear. RM260 something. Shila pulak beli 4 pasang kasut. Gila!

Niat nak spend duit sikit untuk beli sebotol wangian, last-last habis bonus RM500 tapi still tak cukup, kena guna duit gaji. At least boleh la berasa yakin masa interview Jumaat ini dengan adanya Optimistic.OMG! Wish me luck. Ni belum lagi beli baju kerja, seluar kerja, jeans bagai. Damn! Shopping itu fun.

Thanks Shila sebab tak segan nak jumpa dengan aku. Dah setahun lebih kot tak jumpa.

Thank you Najib sebab bagi duit raya.

No comments: