29 December 2010

Mess Is Awesome

Chapter 130

Rambut aku cool kan? Aku tau ramai yang jealous dengan rambut aku sebab rambut aku yang wavy dan serabut tapi some how nampak perfect. Tolong jangan menyeksa diri untuk menidakkan kenyataan aku ni. Lecturer yang ajar aku bahasa Jerman cakap, jangan tegakkan benang yang basah. Aku juga ada pepatah sendiri, "jangan buang air yang keruh, lepas tu ambil air yang jernih". Maksud pepatah aku secara luaran, nyamuk aedes hanya membiak dekat air yang jernih, nyamuk sangat demand ye. Kalau studi betul2 pepatah aku, maksudnya orang tak nampak kebaikan dalam setiap keburukan orang lain. Hebat kan? Aku tau aku hebat mencipta pepatah melayu moden, xperlu "wow" aku. End.

Dah berapa lama aku tak potong rambut. Kalau aku duduk dekat US, ni da masuk musim ke-7 aku tak potong rambut. Bukan sayangkan rambut, tapi malas nak ke pejabat pengubahsuaian rambut. Padahal dekat je dengan rumah aku.

Selama proses pemanjanganifikasi, macam-macam bunyi aku dengar. Bukan bunyi kutu dekat rambut aku, tapi bunyi mulut-mulut orang bermonolog luaran.

Halijah Ahmat a.k.a mak aku
"Bila nak potong rambut?" *nada baik-baik

Ahmad Hj Dimyati a.k.a bapak aku
"Kalau malas nak potong, sikat la rambut tu" *bunyi orang tak kisah

Norlitha Ahmad a.k.a along
"Kau pergi potong rambut cepat!" *high pitch and tempo

Norlizawati Ahmad a.k.a angah
"Rambut kau macam Faizal Tahir" *kritikan membina

Yanti
"Aku rindu rambut kau yang kat dalam henfon ni" *orang yang berharap

Sayza
"Jom pergi saloon?" *tak suka rambut aku ikut pesen serabai

Rahimi
"Kau nak bela rambut sampai jubo ke?" *perli aku

Maber
"Bapak aku tak kasi nak bela rambut la, dia dah pegang gunting, kalau aku tak potong, dia nak potong" *menjadikan aku sebagai idola

Mujahid
"Panjangnya rambut kau!" *orang tak boleh terima kenyataan

Tarmizi a.k.a ketak
"Rambut palsu!" *gemar akan rambut aku kerana beliau berambut ketak

Annonymous #1
"Wah, bela rambut" *takut penyakit illusi optik

Annonymous #2
"Macam perempuan." *luahan emosi dan sangat jealous

Annonymous #3
"Style la rambut kau." *pujian ala kadar

Annonymous #4
"Parents kau tak marah ke kau rambut panjang?" *jaga tepi kain orang

Annonymous #5
"Aku tak suka rambut kau!" *jujur teramat sangat

Annonymous #6
"Apsal tak rebonding?" *cetusan idea yang tak masuk akal

Ikmal Ahmad
"Rambut aku cool, AKU AWESOME!" *sangat yakin

Nama yang aku letak tu, tak semestinya betul. Aku ni dah la pelupa. So, anggap je la semua betul. Tapi aku suka mereka komen rambut aku sebab setiap mereka yang komen, mesti ada pandangan yang berbeza. Boleh buat statistik lepas tu.

Ramai dah suruh aku potong rambut tapi aku malas nak pergi sebab leher aku sakit. Kulit kepala aku pon sakit. Kalau tertarik rambut sikit, nanti rasa la sakit tu. Aku tengah tunggu masa yang sesuai nak potong rambut. Kira macam padi la, mana boleh tuai sesuka hati. Karang banyak kehilangan lepas tuai. Tiba-tiba.

Sebelum tahun 3 nanti, mesti aku potong rambut sebab aku nak daftar Workplace 1. Nak kena interbiu mesti la kena kemas kan? Kalau tak, mati la aku kena potong markah sebab tak potong rambut.

What ever it is, aku suka rambut aku panjang. Aku suka imej serabut.


---end of chapter---

5 comments:

nur said...

nice hair dear..
smlm ak agk trperanjat ckit tgok..stylo la..ak sokong ko bele rambut ko tu..haha

themissingikmal said...

yay...nih sayang ko lebih nih..hahaha
aku sangat stuju ngan ko! huhu

nur said...

haii..syg jek..x cukup...
kene treat ak lunch camni..

themissingikmal said...

sayang pon xcukop? alamak...hahahaha

tetibe aku kena blanje ko lunch? bkn ke ko yg nk blanje aku lunch? haha

Nur 5ruz Husna Nordin said...

rmbut ko memg superb.....gua pun suke kot....* mengharap bakal suami pon mampu bela rmbut spt ko..kuang3!!!!