13 February 2014

Setahun Berbestfrenkan Tepung

Actually, hari ini pada tahun lepas adalah hari aku memulakan perjalanan aku sebagai buruh dekat perhilitan. Aku mulakan kerja aku dengan minitkan surat masuk dan keluar dekat fail Che Nor. Sekarang Che Nor kena suruh orang yang ganti saya minitkan surat-surat tu. Haha. Okay kisahnya bukan pasal kerja tapi pasal kek. Surat-suratan dan tepung memang tak ada kaitan. Sampai bila-bila.

Hakikatnya, aku mula bergelumang dalam tepung sudah bertahun lamanya. Aku suatu ketika dahulu gemar melahirkan donat. Man-gina tidak mengeluarkan donat, jadi aku buat donat guna tangan. Uli sendiri. Goreng sendiri. Oh sedihnya cerita.

Selepas itu aku mula trick tepung tu dan menggubah ia kepada pizza dan karipap. Pizza, neraka. Karipap, syurga. Maka aku buat dalam kuantiti yang banyak. So siapa yang kenal aku, akan tau macam mana aku habiskan berdozen-dozen karipap itu.

Karipap katanya sangat permainan kanak-kanak. Tapi level intermediate la. Kau nak kena buat inti karipap dia lagi. Kau ingat senang? Seterusnya aku tipu tepung lagi dan memaksa beliau jadi kek. Maka bermulalah cerita aku sebagai baker dengan berbekalkan 10 jari tangan yang dianugerah tuhan. Macam mana kalau aku ada 11 jari? Hmm.

Ada 54 keping gambar kat bawah ni yang menceritakan perjalanan aku sepanjang setahun aku main masak-masak. Kalau kau ada anak nanti, anak lelaki pulak tu, kalau dia nak main masak-masak, kau jangan marah dia sebab kau dah musnahkan impian beliau untuk menjadi chef. Betulkan mentaliti kau. Bodoh!! Dah aku tiba-tiba diserang emosi ni apahal? Ok tak lawak.

Ni kek pertama aku buat. Death by chocolate cake.

Im dead just by looking at the cake. Sangat hodoh. Tapi keenakkannya mengalahkan nasik lauk gula. Kelakar pulak tengok gambar first cake. Dengan whipping cream yang over beat sampai jadi butter. Butter ke? Butter! Nampak tak meleleh kat tepi tu?

Ni first cake tadi yang telah dipotong cantik (konfiden!) dan dihadiahkan dekat budak geologi.

Ni kek birthday Amir Mataab. May him rest in peace. In case kau baca blog aku ni, kau sepatutnya tahu yang aku tak kan contact kau lagi. Harap pilihan kau tu betul.


Pavlova. Bukan pavl. Pavl watak CintaTerlarang.


Eksperimentasi guna pisang. Tak try avocado lagi.


First attempt ros dua warna. Cantik warna tapi tak nampak bunga. 

First attempt ros warna pink.







First attempt chocolate bowl. Pecah. Nice to see nice to hold. Once broken, just eat the evidence.


Cheesecake. I hate it. Tapi master kek kena belajar buat jugak satu hari nanti.


Red Velvet. Biru. Gagal spektrum warna.



Rubie yang buat. Bukan aku.

Ni evident dia.


Special cake to my favourite co-worker

Jiran suruh buat kek ni. Siapa A siapa S aku tak ingat.

Kek perpisahan tapi diconteng oleh Kak Farah walaupun dia bukan EO. EO tu apa? Dah lupa. EO yang pindah nama dia Kak Dijah segan nak tulis. Kelakar la awak ni.

Happy birthday Yanti. Royal icing. I can never be royals. Royalssss.

Deconstructive Pavlova



Senang sangat nak buat web ni. Bukan https bagai. Tu susah.





HB Che Nor. Favourite boss.




Chocolate truffle yang buat lubang tu. Mujur ada icing boleh tutup aib.

Kek lobak. Gad! Sedap pulak tengok. Ni kek hantaran Amar. Harap wife dia cakap sedap.

Profesional gila!

Truffled chocolate cupcakes with swiss meringue buttercream.


Naked.

Kek hantaran. First time buat so tak berapa nak perfect.
 
Experimentation. Red Velvet Cupcake untuk dijual. Rendah gila.

Cake bar. Tak payah jual.

Birthday budak geologi tadi. Aqilah. Thanks simpan gambar ni.

Masterpiece. Wedding cake.


Sekian. Untuk part gambar je la.

Sekarang aku ada 3 kilo fondant. Dummy cake iaitu styrofoam bentuk kek ada 2 bijik. Bermakna akan experiment buat wedding cake.

To date, i have liquefy almost 1k untuk semua ni or more. Beli guna makan. Beli guna buang. Beli tak guna simpan. Beli hilang. Tak beli menyesal pulak. But its okay. Aku sangat terhibur buat semua ni. Thanks perhilitan amek aku kerja so aku ada sumber duit untuk dilaburkan. Kini tiada lagi.

What will happen dalam tahun kedua ni? Harap semuanya lancar. Oh by the way dah ada orang order wedding cake. Harap ada la orang lain nak order. Kau yang baca benda ni, nak kawen tak? Kawen cepat pastu suruh aku buat. Nanti aku upload lagi gambar wedding cake yang aku buat biar kau terpedaya dan order dekat aku. Terima kasih.

Tepung. Rasuk diri ini dan jadikan aku hantu kek yang paling hebat. Rasuklah cepat!

No comments: