14 February 2014

Kemarau Light-Light

Air adalah compound hydrocarbon meliputi 70% badan manusia. Bila 70% ni berkurangan, let say tinggal 20%, maka pencapaian manusia pada hari itu adalah pada sekitar 15.27%. Itu bagi mereka yang sangat positif mindanya. Kalau yang negatif, pencapaian yang terunjur adalah pada paras 15.00%. Ok nonsense.

Semalam.

Tengah berhujankan air panas dalam bathroom, tiba-tiba rasa panas sangat air. Tutup, sejuk pulak. Tak sedar air semakin mengecil. Tak dapat nak mengusap bulu ketiak sambil buat muka hot macam dalam sesi photoshoot. Tak dapat nak gosok belakang badan dengan sabun sambil mata separa terbukak kepala menyendeng 40 darjah ke kiri. Bahagian bawah badan? Itu aku biarkan kau orang nak imaginasi macam mana. Jangan nakal-nakal dalam berimaginasi. Terima kasih.

Penurunan kuantiti makanan yang diinjes ke dalam perut begitu ketara kerana badan ini sangat sempurna dan sering dalam keadaan berwaspada untuk mengimbang muatan. Makin banyak jumlah masuk, makin banyak jumlah keluar. Maka aku puasa tanpa niat. Time tu la ada manusia yang upload gambar coconut shake la. Air musyammas la. Air longkang la. Tahu tak aku tengah diseksa?

Syukur semalam tiada aktiviti di jamban. Jutaan mikrobiologi yang hidup dalam toilet. Aku tak mahu Herpes. Aku tak mahu Chlamydia. Aku tak mahu HIV. Syukur sekali lagi aku tak ada HIV. Dah check okay! Segala kekerasan disebalik anus diperap lagi. Maka keluarlah gas-gas pemedih hidung.

Hari ini.

Bangun je, terasa aku nak melahirkan sisa-sisa pepejal dalam badan. Tahan. Makan roti. Online sekejap. Tulis skrip Cinta Terlarang. Download cerita Gravity dan 9 lagi movie lain. Dah satu setengah hari aku tahan berak. Jadi betullah aku mempunyai sifat ketahanan yang tinggi. Tidur atas alasan kalau berjaga, aku akan memikirkan jamban. Okay. Tidur.

Alim! Alim! Jiran rumah jerit datang ketuk pintu sebab suruh aku pergi amik air. Ada lori Syabas. Dengan rambut segar dari atas katil, aku lari-lari kuda minus bunyi kuda mendapatkan baldi, botol dan botol lagi. Ramai pulak yang beratur.

Fun!

Apa yang tak fun adalah lori datang dekat Blok C. Aku Blok A. Aku kena berjalan merentasi Blok B sambil berpayungkan matahari untuk menuju destinasi. Destinasi nikmat. Dikatakan pihak pengurusan memang macam tu. Semua dekat Blok C. Aku dah lama tak bukak novel carutan aku. Tadi pun ada orang potong line sebab jiran. Kalau aku bukak kitab aku tu, mati tak cukup udara kau kena carut dengan aku. Tapi demi menghormati hari jumaat dan jaga adab dengan jiran sambil memikirkan aku masih boleh pergi cari air dekat tempat lain, bermakna tak ada lah kronik sangat perasaan aku sampai nak bunuh orang dengan perkataan indah. Tapi tetap tak adil sebab dia parti lain kot. Lol. Yang duduk Pangsapuri Meranti bukan kau dengan family kau dengan jiran kau saja. Berpada lah sikit. Ramai lagi orang ketandusan air. Azab gila nak bawak balik rumah lebih kurang 30 liter air tu. Ke aku yang tamak?

Separa mati. Mata kabur. Jinjing air naik 3 tingkat. Tapi menarik.

Masuk hari kedua kemarau kecil dekat Cheras, aku rasakan betapa pentingnya air. Sebagai penimba ilmu nuklear, aku tahu tanpa tenaga elektrik, manusia tidak dapat laksanakan pembangunan. Tapi tanpa air, manusia tidak dapat melaksanakan kehidupan. Mati. Kalau boleh trade air dengan elektrik, ambillah elektrik aku. Ambillah internet aku. Ambillah cupcake aku tapi bayar lah jangan tak bayar.

Tuhan dah ajar sekali lagi apa itu air. Kenapa kena jimat. Ni bukan kali ke lapan belas aku berhadapan dengan krisis air. Tapi ni dah kali ke empat! Lol. Dah biasa dah. Tapi tu dulu masa kecik-kecik. Bila tak ada air, berlari-lari pergi kat tangki besar masa duduk dekat Brickfields mandi ramai-ramai. Public bathroom kau. Mesopitamia dah jadinya. Sekarang kena belajar menabung air. Boros duit tak apa demi kepuasan. Boros air, nanti nak berak pun fikir tiga kali. Kalah National Gregraphic Channel punya tagline "think again".

Jom rain dance?

No comments: