07 February 2014

Malnutritionist by Ikmal Ahmad

Okay post sebelum ni cuma hint sahaja. Kupas sekarang.

FAQs:

What is Malnutritionist?
1. Dari sudut bahasa: kedai aku. tapi tak strong lagi. baby katanya.
2. Dari sudut istilah: kedai kek yang menawarkan khidmat kepuasan dalam meraikan detik-detik yang perlu diingati seperti majlis meraikan kelahiran bayi, sunat, spm dapat 10A1 atau kalau dapat 3A pun dah rasa nak rai, hingga ke majlis kematian. Kenapa berduka apabila ada kek yang boleh bantu merawat seketika perasaan itu?
3. Dari sudut sains: makanan yang tidak mempunyai nilai khasiat yang tidak diperlukan badan setiap hari.

Mana datangnya idea nama Malnutritionist?
1. Mal adalah terbitan nama aku.
2. Malnutrition adalah kekurangan nutrient.
3. Malnutritionist adalah pakar pemakanan tidak berkhasiat.

Apa produk yang dipasarkan?
1. Cake
2. Cupcake
3. Wedding cake (masih dalam pembangunan)
4. Brownies (dalam perancangan)

Apakah sains dibelakang setiap produk itu?
Malnutritionology

Dimanakah produk ini diproses?
Malnutritionology laboratory atau rumah aku.

Testimoni pelanggan:
Sarip bukan nama sebenar: "Saya ada dua kaki yang sihat dan tidak mengalami diebetes. Apatah lagi sakit jantung atau migraine. Semenjak mengamalkan produk Malnutritionist, kini saya tidak mempunyai kaki. Telah selamat dipotong enam bulan yang lepas. Terima kasih Malnutritionist!"

Samsiah nama sebenar tidak berbinti: "Saya selalu dibelasah suami saya. Kadang-kadang kena simbah asid. Kalau setakat kena simbah air panas tu, dah jadi makanan saya dah. Kini suami saya tidak kreatif untuk mendera saya. Atas kebosanan terhadap seksaan yang berulang-ulang, saya bagi Red Velvet Cake dekat suami saya. Dia ikut dos iaitu 3 biji kek 9 inci punya saiz, sekarang suami saya buta. Kadang-kadang saya terpijak paku dekat rumah sebab suami saya tak nampak saya yang akhirnya membataskan seksaan darinya. Oleh sebab itu, beliau tabur sahaja paku dalam rumah. Biasanya semasa saya pergi mendapatkan First Aid Kit untuk merawat tebukan paku pada kaki, saya terpijak paku yang baru. Beliau menjadi lebih kreatif. Saya kagum. Saya juga pernah dilanggar motor yang dibawa oleh di dalam rumah. Terima kasih Malnutritionist."

Saloma Sulaiman, wanita berkerjaya: "Income saya tujuh angka setahun. Tapi income suami saya lapan angka setahun. Saya frust. Saya dengar Bulimia Nervosa boleh merawat kesedihan ini. Saya tempah 1 kontena kek kawen sebulan dan sorok dalam garage takut dilihat suami. Setiap petang saya akan lari ke garage dan makan sekurang-kurangnya 2x5 tingkat kek kawen. Ia didatangkan dalam pelbagai dekorasi yang cantik semuanya. Saya selalu rambang mata mahu makan yang mana satu. Apa pun pilihan saya, saya puas hati makan semuanya sebelum muntahkannya balik. Kini saya sudah pandai mengawal emosi. Terima kasih diucapkan kepada founder of Malnutritionist."

Mereka telah merasai perubahan yang ketara. Anda bila lagi?

1st attempt: 3-tiered wedding cake

Deconstructive Pavlova

No comments: