21 February 2014

Busan, Korea. Hopefully Tak Bosan Seperti Namanya

Let me walk you on my memory lane. Our memory lane. Again. Its about 5 years ago. Kau ingat tak kita ragu-ragu sama ada kita boleh tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Nuklear atau tak? Okay cukup. Sekarang kau dekat mana?

Okay patah balik masa sekali lagi. First day masuk Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan Kellie. Masa tu kita instantly hooked up. As time goes by, semakin aku nampak kita memang ditakdirkan untuk bersama. Okay stop reminiscing. Sekarang kau dekat mana?

From day one aku memang percaya kau akan berjaya dalam bidang ni. Aku nampak kebolehan kau. Aku nampak kesungguhan kau. Dan aku rasa aku boleh get through the hell of study nuklear ni sebab kau. Partly at least. Tapi aku tak pasti kau mampu grad sebab aku ke apa. Perasan gila. Sekarang kau dekat mana?

Once kita keluar daripada universiti, kita mula tak percaya cakap Tan Sri Prof Wira Kak Pah apa tah nama naib canselor kita tu? Moja hafal sebab dia memang sembah mak hayam tu. Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan. Kita nampak masa depan sungguh gelap. Sekarang kau dekat mana?

Aku mula mengambil langkah bawa kau dalam dunia gelap aku yang lagi gelap daripada masa hadapan. Surprisingly kau survived. Dan ini jadi titik perubahan kita. Kita jadi stronger. Kita unbreakable. Closer than ever. Tapi sekarang kau dekat mana?

Ye aku nampak kau practically mutate through the process. Aku tak tahu itu ada kaitan dengan radiation thing or not. Of course not. Tapi im glad to see the changes in you. Aku harap aku tak bawak kerosakan kat kau.

As you know, you are my best friend. The best one. Dan tiada siapa boleh rampas title kau melainkan jadi best friend 2 macam aku jadi Farid Kamil 2 in short, fk2. Im way handsome than him. Swallow that! Kau jadi tulang rusuk aku yang tak cukup satu. Tapi kita tak akan disatukan di bawah akad. Pada aku this is way better sebab suami isteri boleh bertukar ganti tapi bukan best friend forever. Kata Kimora Lee. Pandai pulak perempuan tu cakap bm kalau dah asyik tutup kemaluan tangkap gambar je memanjang.

Sekarang kau dah sampai destinasi kedua. Korea. Kau yang dulu mimpi sampai terkencing-kencing dalam tidur sebab mimpi Seungho atau aku sebut dia Siong Whore, datang jumpa kau. Sekarang kau dah boleh cari alamat rumah dia pastu kencing balik kat dia. Kau suruh aku bukak K One channel ke apa tah suruh aku tengok boyband menari. Aku suka Kazaky daripada Ukraine okay. Tak payah nak brainwash aku. So macam mana Korea yang kau sanjung-sanjung selama ni? Aku harap long distance relationship ini berjaya. Kau jangan bila dah pergi Seoul lepas tu rambang mata sampai lupa nak mesej aku. Aku pergi Seoul Garden pun boleh je nak mesej kau.

Nuclear Power Plant Engineering apa weh nama full dia yang kau belajar tu? Dulu bila darah aku darah penuh dengan radionuclide mungkin aku teringin nak hafal nama course macam tu tapi sekarang aku cuma berminat dekat La Petite Croissant. Katanya.

Belajarlah bersungguh-sungguh. Kalau aku ada ruang, masa, duit, aku pergi la Incheon nak tengok Asia Games. Aku harap kau dapat peluang kerja dekat sana and make good money untuk kau bergaya macam datin. So tak ada la kau rasa Shila itu watak yang sering dikaitkan dengan mangsa rogol, perempuan liar, kaki botol, atau apa-apa watak yang katanya buruk seperti dalam drama melayu.

Kau nak jugak ke bagi aku kredit sebab pergi ambil surat sokongan daripada Prof Samudi? Aku tak nak. Kau pergi sana atas usaha kau. Bukan aku. Oh by the way, nampak tak cerita aku macam tak ada flow? Whatever. Good luck darling. Update aku selalu. Everyday if possible. Sekali sehari pun dah memadai. Bukan macam sebelum ni yang sehari berapa puluh kali mesej aku. Lepas ni kau akan super busy nak hafal neutron la. Boron la. Control rod la. Criticality la. Keep in touch tau.

Supposedly, aku nak tulis panjang tapi besar pulak tulisan aku. First time tulis wasiat atas kek. Sweet kan karangan aku atas kek?


Behind The Scene:

First of all, thanks dekat Muhammad Fauzan Bin Muhamad Zuber. Aku masih pegang data perjawatan okay. Lol. Thanks bro sebab menyusahkan diri bawak aku pergi LCCT tengok wanita di atas sebelum dia berlepas. Mula-mula aku nak pos je hadiah dia guna pos laju so aku tak payah jumpa dia dekat sana tapi aku hilang spec mata aku 7 jam. Kemas bilik cari sampai give up. Tapi nasib baik hilang sebab kalau tak hilang, aku tak dapat jumpa dia. Hikmah katanya. Sebab kau jugak aku boleh bawak kek untuk dia. So kau sangat-sangat a big help. Serious aku takut kau tak selesa duduk dengan kawan aku. Takut kau rasa terabai sebenarnya. Tapi kau cool saja. Thanks sebab buat everything possible. Thanks again.

Moja. Kau tahu aku rindu kau kan? Berdarah hati aku bila kita terserempak dekat Alamanda 2 kali tapi tak boleh duduk sebentar sebab masing-masing ada hal. Akhirnya aku dapat jumpa kau walaupun kerja klik-klik mouse kau tu tak pernah habis. Aku klik mouse aku jugak tapi boleh je nak jumpa orang. Kau suka buat situasi kau kritikal. Lol. Thanks sebab datang tapi bukan sebab kau jumpa Shila, tapi jumpa aku. Peduli apa aku kau nak jumpa Shila. And thanks for the Baking Book. Jom nyanyi lagu Lenka?

Im jusTT a liTTTTTle biTT caughTTT in the miDDle...

Kita pronounce it precisely. Qolqolah itu penting. Even aku rasa Lenka sendiri pun tak sebut dengan betul. Yeay to us! Oh by the way boleh karok dengan artis kita, Boss Fauzan since dia pun artis. Artis dan microphone berpisah tiada. Fauzan, kau still baca tak ni? Jom? Kau Moja feeling-feeling artis. Feeling-feeling je la kau mampu. xoxo

Maber. Thanks jugak sebab datang tapi kenapa kau tak bawak Sayza? Bawak saja. Dia sentap dengan aku dah sebab tak ajak dia. Whatsapp aku pun dia tak reply. Cepat kau neutralize Sayza. Jom Maber kita sambung master? Tapi aku nak sambung kulinari dekat France. Haha. Thanks jaga Shila untuk aku 5 minit sebelum aku sampai. Gitew.

Apa flaw dalam picture ni? Fauzan. Cuba tunjuk sikit gigi. Baru bercahaya gambar ni. Haha. Jangan marah, boss.
Shila, aku tau kau ada silat sebab tu kau tak takut lelaki keliling pinggang kan? Nakal lah awak!
Apa yang aku paling tak paham, kenapa aku mesti nampak gelap? Aku tak tan kulit aku kot. Tak pahamlah!

Thanks guys.

You go gewrl!

1 comment:

s a r e e z a said...

Terima kasih sebab tak ajak aku. Kawan la kan kita ni.