03 May 2013

Harapan PRU13

Apa yang aku harapkan, bas rapid kl akan tukar balik kadar tambang seperti dahulu iaitu RM2 sehari supaya orang awam yang bodoh akan menghargai dan menikmati kemudahan pengangkutan awam yang boleh mengurangkan asap kenderaan yang mencemarkan kota raya.

Tapi apa yang aku sangat berharap dan yakin harapan ini akan menjadi kenyataan adalah "Leave me alone!". Aku tak sanggup nak dengar rintihan henfon aku meraung-raung cakap ada mesej masuk tapi rupanya suruh mengundi mereka. Sekarang dah lebih 20 mesej sebegitu rupa. Mak aku ada arthritis tak ada pula puluhan mesej yang datang tanya khabar atau nak membantu. Selepas 05.05.13, pasti tidak akan ada 1 mesej pun yang akan mengganggu hidup aku yang harmoni ini. So cepatlah 05.05.13!

Pihak mana yang aku akan undi? Jika ada pihak yang menyatakan akan membangunkan sains dan teknologi, engkaulah yang aku pangkah. Setakat datang gerai orang salam orang awam secara paksa tapi muka tak pandang apatah lagi nak senyum, so jangan harap la aku nak undi kau.

Seperti yang dijanjikan, jika ada mesej masuk mengganggu hidup aku, aku tak akan pergi undi. Ya, mesej berlipat kali ganda masuk. Bermakna aku tak akan pergi mengundi. Saya pilih Malaysia tapi suatu hari nanti aku akan lari menetap di luar negara atas sebab peribadi.

They feed you with bullshit propaganda.

No comments: