27 April 2014

Jubli Perak

Korang kenal tak Fauzan? Anak buah dia panggil dia Jejan. Jejan like the keropok? Itu Jajan. Macam budak kecik pulak main-main nama orang. He is just another person yang suddenly intersect dekat jalan aku dalam aku menjalani hari-hari hidupku. Penulisan sebelum ni pun ada kisah dia lite-lite. Pergi baca sana. Pergi!

Dah baca? Apa?! Belum? Ni nak carut ni.

How about now? Tak nak? You stubborn jackass! Mesti parents kau malu ada anak macam kau. Haha.

28 April adalah tarikh ulang tahun dia dihantar ke bumi durjana. Oh macam mana aku tahu? Masa aku kerja dulu kan aku duduk dekat seksyen Pengurusan Sumber Manusia. Mestilah aku guna kuasa mutlak aku untuk tahu tarikh keramat dia. Copy paste file saja. Tak ada la gempak mana pun cara aku dapatkan maklumat ni. Cuma apa yang tak lengkap dalam data dia adalah tak ada maklumat dia lahir pagi atau petang, jam pukul berapa, saat ke berapa, berat kelahiran berapa dan banyak lagi maklumat lain yang tidak diperolehi.

Kenapa aku nak celebrate birthday dia? Sebab dia nice young man. Okay strong tak alasan? Apa yang tak strongnya? Gaji i tiga rribbu (be careful, baca dengan tone yang sungguh lagak). Lol. Di saat aku ingin ke airport untuk tengok my beloved Norashila Yusoff angkat kainnya ke Korea, dia sanggup hantarkan aku walaupun timing sangat tak appropriate. Orang lain pun menolak even abang sendiri. Ye la dah waktu bantuan diperlukan sangat mengganggu kecemerlangan hidup. Tapi dia sanggup. Itu big favour yang harus dikenang. Ulang tahun pertama dia kerja dekat tempat dia kerja pun dia ajak aku untuk rai bersama. Aku tahu dia ada ramai kawan lain. So apa salahnya aku return the favour kan? Budi yang baik dibalas baik. Cuba dia buat tahi kat aku. Aku layan baik jugak. Tak elok membusukkan hati sendiri yang suci. Katanya. Tapi suci dengan aku? Tak compatible.

Kenapa celebrate 27 April? Sebab aku takut perancangan aku clash dengan orang lain. Itu saja. Tapi terpaksa bocorkan rahsia sebab aral kerjanya melintang sahaja. So, no surprise birthday party.

Kat mana celebratenya? Somewhere dekat rumah makcik dia. Truth is, dah keliling KL complete perimeternya baru sampai destinasi. Literally. 2 jam dalam kereta dia. Panorama KL pada hari ahad tengah hari sangatlah saujana mata memandang. Lampu merah kereta cantik tersusun sepanjang jalan. Suka aku. Duhhh!! Aku suka hijau. Masa sekolah rendah aku rumah merah tapi sekolah menengah aku rumah hijau. So aku suka hijau. Aku suka pokok, taman, dan hutan. Kenapa warna kegemaran dilahirkan masa dapat rumah sukan dekat sekolah huh?

Pizza Hut yang disinggah akhirnya. Macam la dekat Cheras tak ada. Pizza dan beberapa side dish plus handmade Tiramisu Cake. Baker kan? Kek adalah perkara wajib. Fauzan, apa macam perasaan tiup lilin dekat henfon? Interesting kan? Nanti aku download apps kek pulak. Tak payah bake lagi untuk kau dah. Haha. Budak ni cerewet gila pasal makan. Itu overcooked la. Itu symmetry la. Presentation gagal la. Lol. Aku saja je exaggerate. Sayangnya dia tak boleh condemn kek Tiramisu aku. Lagipun tak ada apa yang perlu dikutuk. Sebab kek aku dah tahap mokhsya. Please admit that!

Sempat pulak dia promote aku dekat makcik dia. Dalam kata lain networking semakin meluas. Celcom, kalau kau ingat coverage kau dah luas, think again!

Overall, it was a great day. Harap kau pun rasa macam tu. Thanks tunjuk aku jalan KL walaupun aku sendiri orang KL kau orang Kedah.

Happy Birthday Muhammad Fauzan Bin Muhamad Zuber #25. Selamat menyambut Jubli Perak. Sorry sebab Kedah tak ada dalam list jubli. I wish you all the happiness. Semoga rezeki kau makin murah so aku boleh tumpang. Semoga kau panjang umur so aku boleh tumpang? Apa ni? Semoga kau makin hensem so aku boleh tumpang? Apa yang nak ditumpangnya? Friends with benefit katanya. Lol. No, aku bukan jenis ambil kesempatan. Semoga hidup cemerlang sepanjang tahun ni. Next year kalau aku hidup lagi, insyaallah aku wish lagi untuk next year pulak.

Nanti aku dah kurus, jom kita panjat dinding, bukit, gunung?

Conclusion: Thanks sebab agree nak join aku celebrate kau.


Gambar tak dimuatnaik sebab kecelakaan internet. Sekian.

No comments: