12 April 2014

I Have So Many Things On My Plate And Thats Why Im Fat

Yea, read the title again and crack it.

Kita ambil masa agak lama untuk cuba menyusun langkah untuk sampai ke destinasi mimpi. Can we see it? Yes. Can we reach it? Absolutely yes. Habis tu apa masalahnya? External force.

Di suatu jalan yang lurus di padang pasir. Segala nikmat yang ada sanggup dikorbankan demi mendapatkan seteguk air. Teriknya memakan kulit. Untuk melihat awan adalah mustahil kerana awan yang sepatutnya menjadi kawan juga dimakan haba. Tiba-tiba nun di hujung pandang terlihat garisan yang memisah 2 warna yang secara lahiriahnya berlawanan antara satu sama lain. Kuning dan biru. Warna panas dan sejuk. Langit cahaya dan air.

Langkah pertama mestilah penuh dengan harapan. Yakin akan kesampaian itu pasti. Come what may tapi tiada apa yang dapat menghalang daripada diri ini terus melangkah. Malangnya halangan hanya mula memberi kesan calar setelah tiba pada langkah ke seribu. Kalah? Sungguh pesimis tapi tidak. Lelah? Tidak juga. Ia tiada kaitan dengan pendirian cuma anasir-anasir jahat ini datang dengan niat menjahanamkan.

As far as im concerned, i have 2 possible futures. And again, itu mestilah bersangkut-paut dengan angan-angan. However, dua mimpi ini akan bertembung antara satu sama lain dalam konflik masa. Untuk melepaskan sebuah igauan adalah cukup menyiksakan. Apatah lagi kalau 2. Tapi jika difikirkan balik, adakah aku boleh kawal tindakan aku akan datang? Tidak. Aku hidup dalam real time. Tiap-tiap detik aku jerit panggil masa hadapan. Selangkah-selangkah dia datang. Adakah aku boleh kawal ia?

As for now, benda yang boleh jeopardize the future adalah external force. YOU.

Neutralizing you. Crack this sentense too.

No comments: