09 August 2013

Nikmat Syawal

Satu Syawal telah melabuhkan tirainya semalam dan kali ini menyaksikan perbezaan suasana hari raya di sempadan Kuala Lumpur dan Selangor di mana terletaknya rumah aku. Sebelum ini, Syawal disambut dengan mengadakan aktiviti tidur berjemaah. Kali ini, Syawal didatangi dengan 2 orang anak buah yang super duper cute.

3 generasi Ahmad

1. Baju raya tahun ini adalah baju Polo
2. Berat raya adalah 0.102 tan
3. Rambut raya adalah pendek di atas dan slope di tepi
4. No way family aku akan ada tema warna baju raya
5. Tiada tidur secara berjemaah

Like always, rancangan di kaca televisyen langsung tidak menarik, maka makan adalah perkara yang dapat tenangkan diri daripada mengutuk segala-gala hasil berkonsepkan video malaysia.

Malam, aku jatuh sakit. Muntah lebih 15 kali sampai makanan waktu pagi pun habis dimuntahkan. Masuk keluar toilet pun berbelas kali. Im sick! But apa yang lebih memilukan, I'M HUNGRY! Lepas tu tidur.

Best bila dapat makan puas-puas endingnya muntah habis-habis. Harap boleh convert unit untuk berat itu semula daripada tan kepada kg.

Selamat Hari Raya.

Oh sorry, semalam banyak mesej masuk. Baru rasa handphone itu bernyawa. Tapi semua mesej nak berpantun bagai. Maka, amat mudah untuk aku membalas mesej dengan menghantar semula mesej yang dikirim kepada aku. Pecah la kepala kalau nak berbalas pantun bagai untuk setiap orang. So sorry sebab tak reply seperti yang dikehendaki.

Selamat Hari Raya, again.

No comments: