13 December 2011

Long-Lost-Best-Friend, Lost Again.

Aku tak sepatutnya tulis benda ni sekarang sebab aku ada 15 muka surat nak ditulis dan beberapa muka surat lagi dan lagi dan lagi. Tapi takpe.

Aku ada seorang best friend bernama Muhammad Hafiz Mohmudin. Kawan daripada zaman hingus meleleh hingga ke zaman kedidihan hormon. Bahasa mudahnya, aku berkawan baik daripada darjah 1 sampai tingkatan 3. 9 tahun beb! Tengok betapa lamanya hubungan kami berkekalan. Haha.

Ditakdirkan suatu hari masa tingkatan 4, dia buat keputusan nak clash ngan aku. Bahasa mudahnya, dia nak belajar kat kolej kat teluk intan. PMR dia lagi mantap daripada aku kot.

Masa hari dia pergi daftar, aku tak pergi sekolah. Lepak2 kat rumah reply mesej dia. Ye la dia baru nak masuk tempat baru kot. Tak kan la dia tak gementar pulak kan? Hari tu la aku rasa tiba2 aku kehilangan best friend. Memang betul2 hilang sepanjang beberapa tahun lepas tu. Siyes sedih ya! Aku je tau macam mana sedihnya masa tu.

Semasa aku 1st year kat sini, baru la aku jumpa dia balik. Itu pon masa hari raya. Janji dengan budak sekolah lain, last2 aku sorang je pergi. Celaka sangat mereka! Aku sangat terkejut dengan perubahan ketinggian yang mendadak. Dulu masa sekolah, aku simpan nombor phone dia bernamakan apis kecik. Sekarang, "gilak ko geng!!"

Dia dah ada girl friend. Masa zaman sekolah dulu, hafiz ni marah sangat dekat Latop, nama sebenar Muzammil tapi Latop tu sempena nama bapaknya, Latif. Latop nih feeling2 dekat girl friend Hafiz nih. Siapa tak marah kan? Masa tu Rewang Crew yang tak ada problem, tetiba ada problem plak. Tu cerita lama. Sekarang dia ada girl friend lain. Aisyah namanya. Aku pernah tipu budak Rewang Crew yang telah ditukar nama kepada the L.A.H.A.R.i.a.n.s. Aku cakap dorang dah kahwin. Tapi belum.

Hari ni, dia message aku dia cakap dia nak terminate akaun fb dia sebab tak ada function. Lepas tu dia tanya aku ada nombor phone dia atau tak. Suddenly aku rasa sedih lepas tu aku teringat masa tingkatan 4 dulu. Aku rasa aku akan kehilangan kawan baik buat kali kedua. Takut ye! Tapi kali ni lain. Sebab kitorang dah besar, senang je nak jumpe. Even bulan depan time cuti semester yang sepatutnya aku buat thesis pon aku boleh je jumpa dia. So there's nothing to worry about.

Whatever happen, kau tetap kawan baik aku. I wish, we can be partner in the future tak kesah la bukak restoran ke since kau ada ilmu kulinari pastu aku pon minat kulinari. Atau pon kau join aku bukak kedai roti dekat nuklear reaktor. Boleh?

Berjumpa lagi sahabat baikku. Semoga berjaya dalam hidup. <3

No comments: