Terkejut tengok video penderaan baby tu? Aku tak terkejut sebenarnya sebab ada 7 bilion manusia, memang mustahil semua baik macam orang-orang yang komen dekat blog-blog lain yang kononnya nak belasah pendera tu. Kenapa nak jadi hero? Jadi hero untuk diri sendiri sudah la. Memang manusia tidak dilahirkan sama. Tidak semua beras akan menjadi nasi. Tidak semua burung akan terbang. Manusia tidak boleh mengawal manusia lain, jadi kawal lah diri sendiri. Bak kata Dr. Salawati, pensyarah undang-undang nuklear, "Kita tak boleh kawal reaktor nuklear Singapura, tapi kita boleh kawal reaktor nuklear kita sendiri". Oh harap-harap malaysia ada reaktor nuklear nanti. Oh Singapura tak ada nuklear reaktor.
Video tu pada aku tak kejam sebenarnya sebab banyak lagi benda yang lagi teruk perempuan tu boleh buat. Kalau perempuan tu ikat kaki baby tu lepas tu gantung ke, simbah dengan air panas ke, kan lagi kejam. Macam mana pun, perempuan tu tetap bersalah tapi alhamdulillah budak tu selamat.
Bodoh adalah suatu cerminan sifat yang terletak di bawah garisan piawai sifat manusia. Bodoh boleh dikategorikan dalam beberapa tahap iaitu bodoh, bodoh cemerlang, dan bodoh kepujian. Menurut video tu, bodoh adalah perempuan yang mendera anak sendiri. Bodoh cemerlang adalah orang yang merakam video itu. Tetapi ianya tidak valid jika niat perakam video adalah untuk menyelamatkan baby seperti kenyataan yang diberikan beliau. Jika nak lari daripada kesalahan, pandai-pandai la hidup. Bodoh kepujian atau bodoh tertinggi adalah mereka yang mencerca pendera, memaki habis-habisan tetapi akhirnya mereka pula yang mendera anak mereka sendiri.
Masalahnya sekarang, siapa yang upload video ni? Sedih la ada orang macam kau terdesak nak suruh orang tengok video yang kau upload. Tapi yang bagusnya, boleh jadi pengajaran kat orang lain. Semoga aku jadi ayah yang baik suatu hari nanti. Amin.
No comments:
Post a Comment