18 September 2014

Aylum Ayler

Jari sentiasa tekan cermin phone ni tapi malangnya tak ada langsung bahan untuk ditempelkan di sini. Bukan tak ada kisah hendak diceritakan. Ada. Malah, banyak cerita yang hendak diceritakan. Cuma lepas pertimbangan perihal perlu atau tak perlu, akhirnya ia tidak dikisahkan di sini.

Beberapa bulan dahulu atau hampir setahun yang lepas, aku ada buat satu lagi blog. Peribadi. Di situ aku luahkan apa yang perlu untuk tenteramkan diri. Sebab aku boleh bagitau apa yang dilalui adalah secebis kisah yang tak pernah dibayangkan untuk diungkap atau ditaip.

Kini, blog itu juga tidak lagi nampak relevan. Bukan blog itu sahaja yang tidak lagi nampak kepentingannya. Blog ini pun sama.

Jadi apa tujuan penulisan ini dicipta?

Aylum Ayler.

Di sini aku ingin jelaskan siapakah Aylum Ayler dan kenapa pentingnya Aylum Ayler pada diri aku.

Aylum Ayler adalah identiti aku yang lagi satu. Dalam kata lain, aku ada 2 kad pengenalan. Ikmal Ahmad adalah identiti profesional. Aylum Ayler adalah identiti sosial. Kadang-kadang kedua-dua identiti ini adalah 1 bergantung pada situasi.

Okay apa itu Aylum Ayler?

Aylum adalah Alim yang disebut menggunakan bahasa inggeris. Seperti yang diketahui (atau tidak), nama Alim diberi selepas 9 bulan demam tak henti pada usia 1 tahun. Oh god. Aku suka angka 9!

Ayler adalah seorang deejay dan seorang model di Amerika Syarikat, merangkap suami aku. Nama asal dia Nick Ayler. Selepas berkahwin, nama aku pun berubah jadi Aylum Ayler. Sangat padan nama tu.

Apa? Suami? Okay kena jelas pasal 4 perkara kat sini.

1. Aku homoseksual bukan transgender.
2. Aku kahwin dengan Nick Ayler hanya dalam fantasi.
3. Bagi yang tak pernah tau pasal berita ni, untuk menerima atau tidak menerima adalah bukan masalah aku.
4. Untuk menasihat adalah bukan kerja kau sebab kau orang asing.

Hidup ini singkat. Kita boleh lari. Tempat akan berubah tapi masalah tetap sama. Jadi kenapa perlu lari sedangkan kita boleh hirup udara yang sama dan hidup dengan lebih tenang?

Kemungkinan besar ini adalah utusan terakhir yang dikarang di sini. Akan beralih kepada penulisan yang lebih panjang. Semoga hiduplah ia.

Terima kasih kepada pembaca tegar yang tak jemu menyinggah di sini. Maaf kalau terkasar ayat atau ayat menyunggung perasaan itu.

Selamat tinggal, themissingikmal.

- Aylum Ayler

No comments: