Dah lama xupdate blog bukan sebab xde masa atau xde cerita tapi malas. Paham x? Aku malas! Semua cerita maha sedih, maha gembira, maharani dan maha labrak aku xtulis. Ilmu: labrak adalah 1 perkataan gempak yang aku xtau maksud tapi disebut beberapa kali oleh pensyarah sains tauhidik, En. Wan Aimran. Gitu ke ejaannya? Kenapa aku xtau maksud labrak? AKU MALAS NAK CARIK!
Jadi kenapa aku tulis blog harini? Aku kurang malas nak taip, so aku taip la. Ok dah. Diam!
Ok harini present tajuk thesis:
KAJIAN TERHADAP KANDUNGAN
UNSUR LOGAM BERAT DALAM UBAT SAKIT SENDI TRADISIONAL MENGGUNAKAN TEKNIK
SPEKTROMETRI PENDAFLUOR SINAR-X
Aku copy paste daripada slide aku(malas nak kecikkan). Aku sangat bertuah kerana mendapat giliran terakhir. Kenapa? Sebab kalau cabutan bertuah, aku xmenang. Kalau aku g hospital, aku nyer turn jumpa doktor masa doktor bilik sebelah tgh pack barang nak balik rumah. Kalau aku g pasar malam, ayam rangka RM3 dah abes dibeli orang. Kalau aku nak g bli tshirt, saiz Very The Small aku pon dah xde. Xla, orang terakhir akan ditontoni ramai lecturer. Memang prediction aku btol. 5 lecturer kot. Mmg scary!
Disebabkan aku dah ada sample, mmg sah2 la aku bawak sbb nak padatkan presentation. Nampaknya strategi aku berkesan. Serious aku takut kalau aku kena attack especially part standard. Maksud aku, standard in liquid-form. Sebab dlu Dr. Khoo penah tanya pasal standard tapi aku xde idea nak guna standard apa. Mmg berjam2 gak carik idea pasal standard tapi result nan ado! So aku guna standard ubat doktor. Jadi, aku kena serang pasal ubat je la. Yay! But yet, still kena tukar gak, kena refer akta makanan/akta racun. But on the bright sight, aku xperlu buat experimen pasal standard. Double YAY!
Secara jujurnya aku sangat berterima kasih kar Dr Irman walaupun kekwat tanya banyak soalan, tapi sebenarnya dia betulkan jalan aku. Yes, aku memang 100% xtau sebenarnya jalan thesis aku. Encik Aznan pon sangat membantu dan dia akan membantu aku jugak suatu hari nanti. Juga thanks kat Dr Faizal sebab membantu aku jugak cuma xpaham kenapa mention rambut aku. Haha. And yes thanks kat Dr. Khoo sbb approve tajuk aku walopon asalnya aku ciplak daripada dia dan dia pon menunjukkan jalan yang lurus cuma aku je xnampak jalan tuh. Thanks kat Dr. Redzuwan sebab belek2 sample aku. Lol.
Perenggan atas nih memang nampak macam penghargaan dalam thesis. Ye, nama2 atas nih memang aku akan campak dalam ruangan penghargaan aku.
Saya yakin bahawa kajian saya bukanlah 100% kajian baru tetapi saya tahu bahawa peristiwa yang sedang dan bakal saya alami adalah 100% pengalaman baru dalam hidup saya. Saya tengah mengandungkan seorang Ikmal yang Profesional yet Awesome. Semoga dia lahir cepat.